Prosedur Perkahwinan

6 06 2008

Prosedur Perkahwinan Negeri Kelantan Darulnaim
PERMOHONAN KEBENARAN BERKAHWIN PASANGAN
DARI MUKIM/DAERAH/NEGERI YANG SAMA (KELANTAN)

●Dapatkan Borang permohonan kahwin dari Penolong Pendaftar (Imam Mukim berkenaan)
●Isi borang dengan lengkap.
●Lampirkan dokumen yang berkaitan
●Mengemukakan borang yang telah lengkap diisi kepada Penolong Pendaftar Nikah Mukim tujuh hari sebelum akad nikah dilangsungkan untuk pengesahan status dan anak mukim serta kebenaran @kelulusan kahwin.

PERMOHONAN KEBENARAN BERKAHWIN PASANGAN
DARI KARIAH / DAERAH / NEGERI YANG BERLAINAN

●Dapatkan borang permohonan dan Kebenaran Berkahwin dari Pendaftar NCR negerinya
●Serah surat kebenaran dan salinan surat permohonan (jika perlu) kepada Pendaftar / Penolong Pendaftar negeri tempat berkahwin
●Isi borang permohonan berkahwin di tempat / negeri perkahwinan itu hendak dilangsungkan (jika perlu)

LAMPIRKAN DOKUMEN YANG BERKENAAN SAHAJA
●Perakuan daripada Pendaftar NCR negeri yang berkaitan
●Salinan Kad pengenalan pemohon, wali dan saksi / visa yang sah
●Surat pengesahan status bujang / dara dari majikan
●Surat perakuan cerai
●Surat daftar kematian
●Sijil kursus pra perkahwinan
●Surat perakuan memeluk Islam
●Surat kebenaran berkaitan bagi warganegara asing
●Surat akuan Sumpah
●Surat kebenaran daripada imigresen
●Surat kebenaran berkahwin di bawah umur, (lelaki 18 tahun, perempaun 16 tahun)
●Surat kebenaran berkahwin secara poligami
●Surat kebenaran berkahwin bagi janda berhias

sumber : jaheaik


Actions

Information

2 responses

13 02 2009
Task Manager Disabled

Nice post… i translated in english to understand it… Please use widget so others can also read easily… best of luck…

8 08 2009
Mashitah

Assalamualaikum encik.. saya nk bertanya tentang permohonan perkahwinan. saya berasal dari JOhor dan pasangan saya adalah org kelantan. jadi bagaimana prosedur perkhwinan yang perlu kami lakukan? saya akan melangsungkan perkahwinan pada bln november thn ini.

Leave a reply to Task Manager Disabled Cancel reply