selamat menyambut hari raya

25 09 2008

selamat menyambut hari raya kepada umat islam seluruh dunia..

kesempatan ini saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan dari hujung rambut ke hujung kaki andai ada salah silap… terkasar bahasa yg di gunakan dalm blog ini dan ada yang menyinggung perasaan dan sbgnya….

kesempatan ini saya nk bg kat raya kepada blogger-blogger dan yang mengenali saya.





selamat berpuasa

31 08 2008

Saya mengucapkan selamat berpuasa kepada umat islam di seluruh muka bumi ini.. smg kita diberi taufik dan hidayah dalam melaksanakan perintahnya… dapat melaksanakan puasa.. dapat menahan hawa nafsu daripd menguasai diri kita… smg kita sama2 meriahkan pada bulan yang baik dgn dengan membuat amal dan jariah..

tingkatkan iman bukan tingkatkan makan… perbesarkan pahala bukan perbesarkan perut… perbanyakkan amal ibadat bukan perbanyakkan dosa

selamat berpuasa:)





Budget 2009

30 08 2008

Tema : Kerajaan Prihatin

Trategi khusus:

Pertama: Menjamin Kesejahteraan Rakyat.
Kedua: Membangunkan Modal Insan Berkualiti.
Ketiga: Memperkukuhkan Daya Tahan Negara.

Jaringan Keselamatan Sosial

  • bilangan penerima bantuan meningkat dua kali ganda daripada 54 ribu isi rumah kepada 110 ribu isi rumah. Ini termasuk bilangan warga emas yang layak meningkat daripada 14 ribu kepada 40 ribu penerima.
  • pesara Kerajaan yang telah berkhidmat
    sekurang-kurangnya 25 tahun akan menerima pencen tidak kurang daripada 720 ringgit
    sebulan, mulai 1 Januari 2009
  • Kerajaan akan
    menubuhkan satu tabung bantuan khas berjumlah 25 juta ringgit bagi menyalurkan pemberian kewangan kepada keluarga yang kehilangan punca pendapatan secara mengejut,
    seperti akibat kemalangan.
  • Kerajaan akan menaikkan jumlah Elaun Ibu Pelihara
    daripada 600 ringgit kepada seribu ringgit sebulan. Kenaikan ini akan berkuat kuasa mulai 1
    September 2008.

Membasmi Kemiskinan

  • Pada tahun 2009,
    peruntukan lima puluh juta ringgit disediakan untuk membina 1,400 rumah baru dan membaik pulih seribu buah rumah. Keutamaan diberi kepada golongan tua, uzur, cacat dan ibu atau
    bapa tunggal yang mempunyai ramai tanggungan serta mangsa bencana alam.
  • mempertingkatkan kemudahan asas, seperti bekalan
    elektrik, air dan jalan luar bandar. Untuk ini, 580 juta ringgit disediakan bagi Sabah dan 420
    juta ringgit bagi Sarawak.
  • isi rumah yang membayar bil elektrik dua puluh ringgit dan ke bawah
    sebulan tidak perlu membayar bil elektrik, berkuat kuasa 1 Oktober 2008 sehingga akhir
    2009. Kerajaan akan menanggung kos bil tersebut yang berjumlah 170 juta ringgit. Seramai
    1.1 juta isi rumah akan mendapat manfaat daripada langkah ini

Meningkatkan Pendapatan Boleh Guna Rakyat

  • Kerajaan mencadangkan rebat cukai 350 ringgit seorang yang diberikan pada masa ini, dinaikkan
    kepada 400 ringgit bagi pendapatan bercukai 35 ribu ringgit dan ke bawah.
  • Kerajaan mencadangkan pendapatan
    faedah ke atas simpanan bagi individu dikecualikan cukai.
  • Kerajaan
    mencadangkan duti import ke atas beberapa barangan pengguna dikurangkan daripada di
    antara sepuluh peratus dan 60 peratus kepada di antara lima peratus dan 30 peratus.
    Barangan terlibat termasuk pengisar makanan, periuk nasi, ketuhar gelombang mikro dan
    cerek elektrik
  • Kerajaan mencadangkan duti import ke atas beberapa barang
    makanan di antara dua peratus dan 20 peratus dikecualikan sepenuhnya. Antara barang
    makanan terlibat adalah mihun, biskut, jus buah-buahan dan jagung manis dalam tin.
  • Kerajaan akan mengurangkan kadar cukai jalan kenderaan penumpang persendirian
    berenjin diesel milik individu dan syarikat supaya sama dengan kadar cukai jalan kenderaan
    berenjin petrol, berkuat kuasa 1 September 2008.

Menjamin Kebajikan Pekerja

  • Kerajaan mencadangkan elaun perjalanan antara rumah dan tempat kerja yang
    diberikan oleh majikan kepada pekerja diberi potongan sepenuhnya, manakala pekerja yang
    menerima elaun perjalanan diberi pengecualian cukai sehingga 2,400 ringgit setahun.
  • Kerajaan mencadangkan pengecualian cukai diberikan ke atas
    manfaat yang dinikmati pekerja, seperti berikut:
    Pertama: bantuan kadar faedah bagi pinjaman berjumlah sehingga 300 ribu ringgit untuk
    perumahan, kenderaan bermotor dan pendidikan;
    Kedua: telefon mudah alih serta bil telekomunikasi dan langganan internet yang dibayar
    oleh majikan;Ketiga: nilai diskaun sehingga seribu ringgit setahun ke atas barangan jualan syarikat
    yang ditawarkan kepada pekerjanya;
    Keempat: nilai diskaun ke atas perkhidmatan yang diniagakan oleh syarikat yang
    ditawarkan kepada pekerja, seperti sekolah swasta yang memberi pendidikan
    percuma kepada anak pekerjanya; dan
    Kelima: elaun penjagaan anak sehingga 2,400 ringgit setahun bagi anak-anak pekerja.
  • Kerajaan juga mencadangkan pengecualian cukai diberi ke atas
    manfaat perubatan tradisional yang diterima oleh pekerja.
  • Kerajaan akan meningkatkan tahap kelayakan
    untuk mendapat subsidi yuran TASKA bulanan 180 ringgit. Tahap kelayakan pendapatan isi
    rumah bulanan dinaikkan daripada dua ribu ringgit kepada tiga ribu ringgit, mulai 1 Januari
    2009.
  • kakitangan Kerajaan diberi kemudahan tambang pergi balik
    percuma sekali dalam tempoh dua tahun untuk mengunjungi wilayah asal, iaitu di antara
    Semenanjung Malaysia dan Sabah serta Sarawak. Bagi mengeratkan silaturahim keluarga,
    kemudahan ini akan diberikan setiap tahun, mulai 1 Januari 2009.
  • RapidKL dan RapidPenang telah ditubuhkan untuk memperbaiki sistem
    pengangkutan awam di Lembah Kelang dan di Pulau Pinang. Kini, RapidKL menyediakan
    perkhidmatan bas kepada 166 laluan merangkumi lebih 980 kawasan kediaman.
  • RapidPenang pula menyediakan perkhidmatan bas kepada 33 laluan di 106
    kawasan perumahan dengan jumlah 46 ribu penumpang sehari. RapidPenang kini
    menyediakan 60 peratus daripada jumlah perkhidmatan bas di Pulau Pinang. Untuk
    memperluaskan lagi jaringan perkhidmatan, 200 bas akan ditambah, menjadikan jumlah 350
    bas.
  • Sistem LRT sedia ada di Lembah Kelang akan dipanjangkan sejauh 30 kilometer,
    iaitu masing-masing sepanjang 15 kilometer bagi Aliran Kelana Jaya dan Aliran Ampang.
  • Kerajaan telah pun meningkatkan kuota subsidi diesel bagi
    pengangkutan awam. Kerajaan akan turut mengambil langkah-langkah berikut:
    Pertama: menyediakan kemudahan pinjaman mudah melalui Dana Pengangkutan Awam
    tiga bilion ringgit di bawah Bank Pembangunan Malaysia Berhad untuk
    membiayai perolehan aset bas dan rel; dan Kedua: mengurangkan bayaran tol sebanyak 50 peratus bagi semua bas, kecuali di
    pintu masuk sempadan, iaitu Tambak Johor, Link Kedua dan Bukit Kayu
    Hitam, untuk tempoh dua tahun, bermula 15 September 2008. Kerajaan akan
    memberi pampasan kepada operator tol di atas kehilangan hasil berikutan
    pengurangan ini yang dianggarkan 45 juta ringgit setahun.
  • pengusaha semua bas diberi pengecualian cukai jualan ke atas
    pembelian bas baru yang dipasang dalam negara dan perbelanjaannya diberi Elaun Modal
    Dipercepatkan. Selain itu, cukai jalan dikurangkan kepada 20 ringgit setahun bagi semua bas
    dan teksi, termasuk kereta sewa pandu dan limousin.
  • Kerajaan bersetuju untuk memberi bonus bersamaan
    sebulan gaji dengan minimum seribu ringgit bagi tahun 2008. Bonus ini akan diberi dalam
    dua bayaran, iaitu pada bulan September dan Disember, 2008.

Teks yang lengkap anda boleh download di sini.





PKR pertahan kerusi Permatang Pauh

26 08 2008

PKR = 31,195

BN = 15,524

AKIM = 92





Ubuntu : driver wireless acer 4520

15 08 2008

Alhamdulillah berjaya gak aku install driver wireless di laptop aku(acer 4520) di Ubuntu 8.04 hari ini.. banyak kali try dan try dan try akhirnya berjaya gak… tetapi belum test lagi berfungsi ke x… nant aku bgtau blk bila test dgn wireless nant..

Bagaimana nk install driver ni nant aku post artikel ini next time k.. Aku nk pastikan dulu berjalan dgn lancar x…





Rehat seketika

13 08 2008

Sekian lama bekerja di pejabat teringin gak nak jalan2 menenangkan diri ini heee… so minggu depan aku g kursus kat Intan sarawak lebih kurang 1 minggu. so dapatlah aku kenal dunia luar heeee… asyik mengadap pc je hari2… kena ada waktu gak jalan2 dan enjoy2…

esok exam plak… doakan smg lulus utk sy…

terima ksh yg sudi2 lawat blog saya…

Post terbaru: virus romeo





virus apakah ini???

11 08 2008

Bila aku tekan ctrl+alt+del utk task manager jadi cam ni.

Virus apakah yg menyebabkan jd cam ni?? atau disebabkan aku end task program windows yg running…

sebelum ni aku tgk dia punya proses cpu hampir 100 dan memory pun tinggi…

Bila aku scan mlalui safe mode menggunakan GVR dan dpt detect beberapa file virus. Hasilnya proses cpu menurun tetapi memory masih tinggi.

Antara program yg running pada task manager aku dapati bkn program windows ialah dllhost, smss, winlogon dan ada beberapa file lg… dllhost memang virus apa yg aku dapat info dr pak cik google…

Dalam analisis aku smua pc kat tempat aku keje telah kena masalah ini. tetapi dia punya task manager ok je…

Masalah Bila aku taip regedit dan msconfig jd cam ni huuuu… tp xpe nant aku selesaikan mslh ni.. idea aku nk try copy yg kat pc ok dan paste kt pc yg da mslh cam ni.. ok ke???

kalu korang ada idea atau cadangan bgtau ye….








Follow

Get every new post delivered to your Inbox.