content advisor

21 02 2008

Macam-macam ragam masalah yang aku jumpa dan kena setle.. masalah ni berlaku apabila kita buka browser IE(internet explore) dan membuka sesuatu laman web akan kuar pop up
content_advisor1.jpg

sekiranya kita x ada password atau klik cancel maka kita tidak boleh membuka sesuatu laman web tersebut…

So aku tanya la si punya notebook tu mcm mana leh berlaku cam ni.. sebelum ni ok je.. dia kata x tau huuu…. jenuh aku dok pk2 dan mencari jalan nk setle masalah ni… Lama jugak la dok mencari dan try and error.. akhirnya aku dpt gak selesaikan masalah ni..

check it out ๐Ÿ™‚

Langkah-langkahnya :

1. Buka IE dan klik pada tools->internet options pada toolbar atas sekali.

2. Pastu klik pada content->klik disable.
3. Kemudian masukkan password dan klik ok. selepas itu anda akan dapat lihat pada tab content pada disable tadi telah bertukar kpd enable… (sekiranya tidak tahu password gunakan ilmu teka-teki dan naluri heee… nasib baik aku guna ilmu ni dan tekaan aku betul so dapatlah)
4. Kemudian buka ie dan buka apa-apa laman web. sudah pasti advisor content x kuar lagi. selamat mencuba.

Sekiranya anda tidak tahu password anda boleh reset dan delete password tersebut dengan cara tgk article ni :

delete password

reset password

remove password






Drupal

19 02 2008

Drupal merupakan salah satu CMS… versi terbaru ialah 6.0… Manakala joomla pula versi terbaru ialah 1.5… Misi seterusnya aku kena study pasal drupal plak heeeee….. setakat ni best gak drupal coz dia laju ckit berbanding dgn joomla…. dari segi interface dan management senang joomla nak menage… apapun aku try gak… nampak best je… nyum2.. nyum33…

ni ada beberapa screenshot yg aku ambil semasa install kt pc aku utk test dan belajar… Senang je nak install drupal ni dan tidak sampai 3 minit masa yg diperlukan utk install…

1.jpg

2.jpg

Ada error disebabkan kat pc aku ni xde library utk mail…

3.jpg

Berjaya :)…

tutorial drupal anda boleh klik di sini

Seterusnya explorace drupal!!!!!!!!!!!!!!!





free CD ubuntu

14 02 2008

Alhamdulillah dah sampai cd ubuntu versi 7.10 yang aku order heeee… Buka-buka ada 2 Cd Ubuntu … satu untuk 64-bit PC dan satu lagi utk PC.. Pastu dia bagi 4 sticker ubuntu…. harga semuanya freee…. heeee….

Aku buat order kat web pada 25-01-2008 Pihak company hantar kat aku pada 29-01-2008….ย  Pastu sampai kt aku pada hari ni 14-02-2008… kira ok la free dan x lama sangat masa yang diperlukan utk pos cd tersebut… terima kasih…. ๐Ÿ™‚

kalu korang nak order sila ke free cd ubuntuย 





membina web secara intranet

14 02 2008

Alhamdulillah akhirnya berjaya gak aku buat web secara intranet kat tmpt aku keje ni heee….. hepy rasanya…. lega rasanya…. ringan sero palo (ringan terasa kepala) heeee….

Banyak kali aku try dan try dan try entah berapa kali x tau…. Cari kat google dan macam2 tanya kat pak cik google tetapi tidak dapat jugak…. tanya member2 pun x dapat gak… tp akhirnya dapat gak hari ni aku cari kt pak cik google heeeee…. terima kasih pak cik…. :)…..

sebelum ni aku buat kat client dah betul tp x dpt access web kt server…. dia kuar error

forbidden You don't have permission to access / on this server.

Bagi menyelesaikan masalah ini anda perlu edit file httpd.conf pada web server apache.
# onlineoffline tag - don't remove
Order Deny,Allow
Allow from all -> yang asal Deny tukar ke Allow
Allow from 127.0.0.1
</Directory>

Ini konsep warna yang digunakan dalam web kt aku keje…. banner tu sample je… bukan yang betul2 lagi… apa komen anda tentang konsep warna??

top.jpg

pada sudut footer

footer.jpg





off komputer secara automatik

4 02 2008

Topik ni sangat berguna kpd anda semua terutamanya kepada juruteknik komputer… Seorang juruteknik akan menghadapi masalah sekiranya anda perlu menjaga beberapa makmal komputer… selepas waktu tamat bekerja atau pada pukul 5 petang anda perlu offkan semua komputer… so setiap hari anda perlu matikan komputer satu persatu dan berulang alik dari makmal ke makmal lain… so bagaimana cara terbaik utk menyelesaikan masalah ini dan komputer offkan dirinya sendiri?..

Selain itu juga, Sekiranya anda selalu mendengar muzik menggunakan laptop sewaktu ingin tido… so apabila anda sudah mula mengantuk malas plak nak bangun dan offkan laptop… Tanpa anda perlu bangun dan laptop anda akan off sendiri nak buat mcm mana?.. ikuti kisah selanjutnya heee ๐Ÿ™‚

Caranya senang je x susah macam buat kuih…

Anda klik pada start -> Run dan taip cmd atau buka la command promp kan senang…

Taip arahan pada command promp

Cthnya anda ingin offkan komputer pada pukul 5

at 17:00 /every:m,t,w,th,f,s,su shutdown -f -s -c "komputer ini akan off sekejap lagi"

Maksud arahan diatas: Pada setiap hari dari hari isnin sampai sabtu dengan menggunaka arahan shutdown (-s) dan akan memaksa semua aplikasi lain di tutup (-f) dengan mesej pada komputer komputer akan dimatikan “komputer ini akan off sekejap lagi” .

*Anda tidak perlu bimbang sekiranya ada seseorang yang menggunakan komputer pada waktu itu seseorang itu akan sempat save semua kerja-kerja yang dilakukannya… komputer akan memberi masa dalam beberapa saat sebelum komputer itu off secara automatik…

Bagi memaparkan jadual/Task Schedule yang anda telah buat.

Arahan Perintah
at

Bagi membuang/delete arahan yang telah anda buat taip arahan:

at namakomputer nomborID /delete

Bagi cancel semua arahan yang dibuat taip:

at /deleteInfo Tambahan:

Anda taip arahan

Shutdown /?

pada command promp utk mengetahui arahan-arahan lain yang boleh di gunakan yang berkaitan dengan shutdown.





hari sukan tahunan

4 02 2008

Hari sukan tahunan sudah berlalu… sukan tahunan berlangsung selama 3 hari bermula pada hari rabu, khamis dan jumaat… aku x terlibat pun dgn aktiviti sukan… cikgu2 ajak join tapi aku x nak join pun coz tgk cuaca panas sgt… lgpun aku kurang chat… aku dok kt bilik aku je… keadaan padang pun huuuu…. ko org tgk la cam mana org cni bermain sukan dengan keadaan padang…..

Ni ada beberapa gambar semasa sukan tahunan berlangsung..

Read the rest of this entry »





Buta komputer

1 02 2008

Bila mengenangkan zaman masa buta it rasa nk gelak dan kelakar plak… bayangkan pada masa tu tengok komputer pun takut apalagi nak sentuh… x sama dengan budak-budak zaman sekarang…. kecik-kecik dah pandai main game… Ada sorang member aku kerja kat sawarak dekat sekolah menengah kat kapit… dia cakap pelajar-pelajar kat dia dah belajar buat web dan guna software-software utk design…. hebat-hebat la budak-budak sekarang…. Aku belaja benda2 ni masa belajar kat poli ttp bdk skarang dah belajar waktu sek menengah lagi…. aku start kenal menggunakan asas aplikasi window seperti word, access dan power point masa ambil kursus selepas form 5 semasa menunggu result SPM..

Rata-rata org2 dulu belajar pasal komputer semasa belajar di kolej-kolej atau di ipt… kalu belajar kt rumah memang org tu anak org kaya la… kesempatan ini aku nk cerita la pasal kisah lawak member aku ni yang mana ketika jahil komputer masa-masa dulu….
Read the rest of this entry »