Display problem

16 04 2008

Pernahkah perkara ini terjadi kpd anda?..  sekiranya pernah terjadi apakah yg anda lakukan?.. so di sini sy ingin kongsikan pengalaman utk mengatasi masalah ini.. masalah ini berlaku tetiba apabila satu cd software dimasukkan ke dalam cd-rom… then, terus jadi cam ni… So anda hanya perlu klik kanan pada desktop anda seperti yang ditunjukkan oleh gambar  di bawah ini… kemudian ambil graphic option-> rotation->normal… Sekiranya anda perasan default yang dibuat setelah menjadi mcm ni ialah 180 degrees. senangkan 🙂

sekiranya anda tidak tahu sudah pasti anda lakukan bermacam-macam cara seperti repair window daan yang parah terus je format heeee….

Advertisements




Pelik tetapi benar

31 01 2008

Tentu anda rasa pelik tajuk di atas kan?…. aku xde idea nak letak tajuk apa huuuu… Hari ni nak kongsi psl pengalaman aku selesaikan masalah internet kat PPDK… apa PPDK tu? Aku sorang je yg tau kui.. kuii… kalu dpt teka belanja saya mkn tengahari heee…

Sewaktu tengah wak keje tiba-tiba kerani dtg dan dia bgtau kt PPDK minta tolong tgk masalah komputer…. so aku pun pergilah dgn jalan kaki huuu… dekat je dengan kt aku keje… sebelah tmpt aku keje je..

Bila sampai kt sana diorang pun bgtau la masalahnya…

Read the rest of this entry »





Penjagaan komputer

12 11 2007

Di bawah ini ada beberapa tips untuk dikongsi dengan anda dalam penjagaan komputer supaya jangka hayat lebih panjang dan lama.

  1. Anda jangan terlalu kerap ON dan OFF komputer.
  2. Elakkan drpd getaran meja kerana kebanyakan komponen elektronik amat mudah rosak.
  3. Tempatkan komputer dibilik berhawa dingin, ditempat yang teguh dan tetap(jangan suka berpindah randah :).. ).
  4. Jauhkan sebarang cecair (makanan/minuman) dari komputer ini kerana minuman yang tertumpah keatas keyboard / terkena disket / masuk dalam komputer akan merosakkan komputer anda.
  5. Elakkan komputer dari sinaran terus cahaya matahari .
  6. Elakkan dari benda benda bermagnet seperti telefon, pembesar suara dan sebagainya berhampiran komputer. Kesan magnet akan merosakkan floppy disk anda.
  7. Habuk adalah musuh komputer anda. Habuk yang halus yang masuk ke motherboard akan memendekkan hayat komputer. Jika ada masa lapang, bersihkan habuk dari dalam komputer menggunakan udara termampat yang dijual dalam bentuk tin spray penyembur nyamuk.
  8. Habuk juga boleh memasuki disket, laser head cd-rom atau read-write head pada pemacu cakera menyebabkan ia tidak dapat digunakan.
  9. Asap rokok juga mendatangkan kesan yang sama seperti habuk tadi. Ingatlah, merokok bukan sahaja tidak sihat pada kesihatan anda bahkan juga kepada kesihatan komputer anda.
  10. Jangan letak komputer dalam bilik yang ada permaidani sebab permaidani (carpet) adalah penghasil cas elektrik statik yang terbaik.
  11. Tambahkan kipas tambahan dalam komputer untuk menyejukkan komputer anda.
  12. Gunakan AVR – Automatic Voltage Regulator. Bekalan elektrik bukannya tetap 230V AC. ini kerana ada ketikanya terkurang/terlebih voltage terutama berlakunya petir.
  13. Back up segala data penting anda. Sebabnya kalau hdd rosak, habis semua hasil kerja yang sudah disiapkan.
  14. Scan hdd sekurang kurangnya sebulan sekali untuk memastikan tiada sebarang file bermasalah. Boleh gunakan scandisk.exe / mana mana program komersial.
  15. Scan dengan perisian anti virus sekurang kurangnya sekali sebulan.
  16. Digalakkan gunakan 2 hard drive / hdd dformat kepada lebih dari satu partition, satu untuk bekerja dan satu lagi untuk stor/backup.

harap membantu…