ada apa dgn bulan mei?

31 05 2008

ada apa ek dgn bulan mei ni? kl korang nak tahu bulan ni bermakna bg aku ini kerana byk kenangan-kenangan manis dan pahit… bulan ini juga merupakan bulan keberkatan bg aku… bulan ini juga merupakan bulan kelahiran diriku ini…

antara kenangan pahit :

  • bulan terakhir aku dpt mendengar suaranya… aku terima smsnya… siapa dia ek? biarlah rahsia 🙂

kenangan manis :

  • Bulan ini juga merupakan pertemuan istimewa bg aku dgn seseorg yg bermakna bg aku… tp semua ini biarlah ia menjadi kenangan dlm hidupku.. ia memberi kekuatan kpd aku utk meneruskan khidupan ini… mematangkan diri ini… mengajar aku erti sesuatu yg belum pernah aku alami dan memahami..

aduh!!! kenangan pahit dan manis mesti pasl cinta kan… entahlah aku pun mlas nak tulis psl tp nak kongsi la ckit2 dgn anda semua. kepada remaja-remaja anda perlu fikir baik2 dan bertindak mengikut ajaran agama mengenai sesuatu perhubungan cinta itu…  janganlah bertindak mengikut nafsu dan perasaan semata-mata.. kerana ia akan membawa diri kita ke arah kesesatan dan kesengsaraan… fikirkanlah!!!!… memang lumrah manusia memerlukan cinta tp islam tidak menghalang cinta tetapi gunalah cara yang di benarkan dlm islam… kerana jalan itu akan memberi ketenangan dan kejayaan kpd kita…

Bulan ini juga bulan keberkatan bg aku ini kerana pada bulan ini aku rasa rezeki aku sgt murah…. rzeki yg datang tanpa di duga…. bulan ini juga sedikit sebanyak mengubah diriku ini… aku sangat bersyukur kpdmu ya Allah… smg Engkau sentiasa merahmati dan  memberkati kehidupanku ini amin….





selamat hari gawai

31 05 2008

walaupun aku ni bkn org iban tetapi aku nak ucapkan selamat hari gawai kpd warga2 yg menyambut hari gawai di sabah dan sarawak. ini kerana aku tinggal kt serawak so x salahkan aku mengucapkan?…  cuti beberapa hari ni aku dok kat bandar rumah cikgu yg x blk semenanjung… boring dok rumah sewa aku coz xde org pun.. dok rumah kawn aku ni ada internet tu yg penting :)…. hari ni pergi kedai kek jap coz nk tempah kek lapis serawak untuk wat blk semenanjung bila aku blk bln 6 ni… x sabar2 nak blk ni heeee…

Sebelum ni aku gunakan blog ni utk posting ilmu2 teknikal tetapi oleh kerana aku dah buat blog baru khas utk ilmu2 teknikal so aku jadikan blog ni utk blog mengenai life aku dan tentang kehidupan aku. ni link blog baru aku neoryzer.

Ni beberapa perkataan dlm bhasa iban dan makna dlm bhs melayu.. so sesiapa nk belajar bhasa iban blh la :)..

pulai = pulang

mudik = balik

ngirup = minum

makai = makan

lemai = petang

sik da = tidak ada

sitok = sini

sinung = sana

nak nemu utai = tidak tahu apa-apa





milik siapakah batu putih?

23 05 2008

milik siapakah? adakah singapura yang akan memiliki batu putih atau malaysia? walaupun keluasan batu putih itu kecil di mata tetapi ia sangat bermakna dan penting… aku sebagai rakyat malaysia menyokong dan berdoa semoga batu putih akan di miliki oleh malaysia… so jgn lupa menonton siaran langsung yang dibawakan oleh TV1 mengenai penentuan batu putih ini milik siapa…





mabuk logik

20 05 2008

pernahkah anda alami masalah ini? bukan mabuk cinta je ada tp mabuk coding ataupun mabuk fikir logik pun ada hee… maybe x semua org kot yang alami macam ni.. masalah ini terjadi kepada  programmer atau pengaturcara.. maybe x semua programmer  yg alami mabuk logik ini… tp aku selalu alami masalah ini kadang2 tidur 1-3 jam je satu mlm dok mabuk logik hu3… simptom ini terjadi bila aku buat sesuatu system atau program… mcm mana aku nk hadapi masalah ni ek? ada apa cadangan x?  biasanya utk kurangkan mabuk logik ni aku cuba fikirkan perkara lain dan elakkan fikir logik2.. tp lama2 terfikir jugak huk3…

walaupun mabuk2 logik aku terpaksa siapkan sistem atau program coz customer sudah bayar utk siapkan satu sistem utk pengiklanan.

Projek ni membolehkan broker tanah atau kereta atau rumah boleh mengiklankan apa2 maklumat mengenai tanah, rumah, kereta dan lain2… projek ni belum siap sempurna lagi… masih dalam kemaskini dan pembaikan… kl ada papa2 cadangan bgtau la kawan2…

alhamdulillah rezeki sampingan ada jugak la walaupun x byk… cukuplah kpd aku ni baru nk bekecimpung dalam dunia programmer ni 🙂





Update E-Maj selepas 2 minggu dikeluarkan

16 05 2008


Sambutan yang hangat mcm goreng pisang itulah yang boleh dikatakan kpd majalah e-maj… majalah ebook mengenai ubuntu… sudahkah anda memilikinya? jika belum sila download di sini.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai majalah e-maj dan mendapatkan versi sebelum ini serta ingin mengenali lebih dekat lagi mengenai ubuntu sila ke blog melayu ubuntu.

Terima kasih syahid zul 🙂
teruskan usaha anda…
.





Tropical Transparency Effect

15 05 2008

Cantik x? kalu anda tertarik dengan design ini sila ke aiburn utk mengetahui bagaimana ia di buat dgn menggunakan photoshop…

ada banyak lg contoh tutorial yang di buat oleh aiburn sebagai contohnya

check it out 🙂

aiburn





Selamat Hari Guru

14 05 2008

Pengenalan Hari Guru

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam

tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu

(Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan

Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar

pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan

Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.


LOGO HARI GURU

logo

Putih : Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.
Perak : Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.
Kuning: Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan.

Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.

Merah : Menunjukkan keteguhan semangat.
Biru : Menunjukkan perpaduan muhibah.


Objektif Hari Guru

Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan

dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.

Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting

kaum guru dalam masyarakat Malaysia. Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas

dan muhibah di antara guru. Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.

Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar,

persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.

Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan

mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.