kursus penulisan blog

13 05 2008

SHAH ALAM: Universiti Teknologi Mara (UiTM) sedia mewujudkan kursus penulisan blog sebagai usaha melahirkan penulis ‘online’ yang lebih profesional dan beretika, kata Naib Canselornya, Datuk Seri Prof Dr Ibrahim Abu Shah.

Beliau berkata, selaras dengan perkembangan semasa di mana semakin ramai anggota masyarakat lebih terarah kepada penulisan media alternatif itu, idea untuk mewujudkan pengajian yang mengkhususkan penulisan blog sangat dialu-alukan.

“Kini memang ada ‘blogging studies’ dalam kurikulum kita dan kita akan perkukuhkan lagi (dengan perkenalkan kursus mengenai penulisan blog).

“Saya rasa Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media bersedia menjalankan kursus ini dan saya menyokong cadangan ini kerana sudah sampai masanya kita membantu melahirkan blogger yang profesional dan beretika.

“Insya-Allah kita akan lihat perkara itu,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Media dan Pilihan Raya Umum 2008 di sini, semalam.

Turut hadir, Rektor Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Datuk Prof Dr Syed Arabi Idid dan Dekan fakulti berkenaan, Prof Madya Mohd Adnan Hashim.

Dr Ibrahim berkata walaupun tidak memerlukan kelulusan akademik, setiap penulis blog perlu mematuhi etika tertentu dalam mengutarakan pandangan masing-masing bagi mengelakkan mereka menulis perkara negatif dan berunsur fitnah.

“Setiap orang boleh menjadi penulis blog, tetapi tidak boleh menulis sesuka hati dan mesti faham beberapa syarat untuk menulis termasuk perkataan dari segi etika dan sama ada perkara itu benar atau tidak benar. Perkara berbentuk negatif ini kita tidak boleh terima,” katanya.

Terdahulu dalam ucapan, Dr Ibrahim berkata media baru kini menjadi fokus golongan muda disebabkan ‘modus antiestablishment’ mereka dan setiap kali media tradisional membuat kesilapan, media baru menjadi alternatif bagi golongan terbabit.

Katanya, masyarakat melihat media baru sebagai ruang ekspresi bagi menyampaikan kehendak fikiran mereka dan perkembangan ini juga dilihat sebagai proses memperkuat akauntabiliti kerajaan serta bertindak sebagai `watchdog’ untuk rakyat.

Mengambil contoh keputusan pilihan raya umum baru-baru ini, Dr Ibrahim berkata rakyat sudah mengaktifkan revolusi maya atau online dengan memaparkan maklumat yang kadangkala bernas dan juga hilang keterbatasannya sehingga menyumbang kepada peralihan kuasa memerintah di beberapa negeri yang jatuh ke tangan pembangkang.

“Apakah tidak ada media lain yang akan dapat menyeimbangi keadaan ini? Adakah kita juga terperangkap dan turut membiarkan diri kita menjadi mangsa media maya ini tanpa sebarang ’check and balance’ terhadap diri, keluarga dan masyarakat.

“Di sinilah saya rasa koloni siber itu boleh di’regulate’. Jika blog yang digunakan maka blog juga kita ketengahkan dengan menggabungkan media tradisional dengan media baru selain dari kawalan sistem, peningkatan kos akses dan sebagainya,” katanya.

Di petik dari hmetro


Actions

Information

2 responses

13 05 2008
eyekneekawai

when will the course takes place?

13 05 2008
bersama0805

sorry.. i’m not sure… i think this just Suggestion…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: