off komputer secara automatik

4 02 2008

Topik ni sangat berguna kpd anda semua terutamanya kepada juruteknik komputer… Seorang juruteknik akan menghadapi masalah sekiranya anda perlu menjaga beberapa makmal komputer… selepas waktu tamat bekerja atau pada pukul 5 petang anda perlu offkan semua komputer… so setiap hari anda perlu matikan komputer satu persatu dan berulang alik dari makmal ke makmal lain… so bagaimana cara terbaik utk menyelesaikan masalah ini dan komputer offkan dirinya sendiri?..

Selain itu juga, Sekiranya anda selalu mendengar muzik menggunakan laptop sewaktu ingin tido… so apabila anda sudah mula mengantuk malas plak nak bangun dan offkan laptop… Tanpa anda perlu bangun dan laptop anda akan off sendiri nak buat mcm mana?.. ikuti kisah selanjutnya heee🙂

Caranya senang je x susah macam buat kuih…

Anda klik pada start -> Run dan taip cmd atau buka la command promp kan senang…

Taip arahan pada command promp

Cthnya anda ingin offkan komputer pada pukul 5

at 17:00 /every:m,t,w,th,f,s,su shutdown -f -s -c "komputer ini akan off sekejap lagi"

Maksud arahan diatas: Pada setiap hari dari hari isnin sampai sabtu dengan menggunaka arahan shutdown (-s) dan akan memaksa semua aplikasi lain di tutup (-f) dengan mesej pada komputer komputer akan dimatikan “komputer ini akan off sekejap lagi” .

*Anda tidak perlu bimbang sekiranya ada seseorang yang menggunakan komputer pada waktu itu seseorang itu akan sempat save semua kerja-kerja yang dilakukannya… komputer akan memberi masa dalam beberapa saat sebelum komputer itu off secara automatik…

Bagi memaparkan jadual/Task Schedule yang anda telah buat.

Arahan Perintah
at

Bagi membuang/delete arahan yang telah anda buat taip arahan:

at namakomputer nomborID /delete

Bagi cancel semua arahan yang dibuat taip:

at /deleteInfo Tambahan:

Anda taip arahan

Shutdown /?

pada command promp utk mengetahui arahan-arahan lain yang boleh di gunakan yang berkaitan dengan shutdown.


Actions

Information

One response

26 04 2009
juki

terima kasihh….harap² lehh bantu saya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: