Hidupkan suasana cinta

21 11 2007

APABILA wujud perkahwinan, tidak semestinya semua berjalan dengan baik dan bahagia. Ada banyak perkara yang boleh mengubah tanggapan kita dan kita perlu banyak bersabar.

Di bawah ini diperturunkan pengalaman masyarakat serta tanggapan mengenai perkahwinan dan pengalamannya selepas berkahwin.

1. Berkahwin tidak bermakna anda tidak akan keseorangan lagi.

 

“Saya dan suami baru saja mengikuti kaunseling. Tiada apa-apa yang drastik cuma kami dapat rasakan bahawa kami semakin berjauhan dari segi emosi dan fizikal. Jiwa semakin terasa keseorangan.

“Nasib baik kami berdua cepat sedar dan sanggup mendapatkan bantuan daripada mengambil tindakan yang bertentangan.”

2. Berkahwin tidak bermakna anda akan berasa menyintai atau dicintai setiap hari.

“Kebahagiaan dalam perkahwinan tidak berlaku sekelip mata kerana masalah tentu akan timbul. Ada masalah besar dan ada yang kecil.

Kadangkala anda akan merasakan diri sudah tidak dicintai.”

“Amat penting bagi masing-masing mengucapkan perasaan cinta dan mencintai.”

3. Anda masih perlu menghangatkan suasana.

“Kami suami isteri mempunyai kerjaya yang sangat sibuk dan jarang dapat meluangkan masa bersama. Untuk mengelakkan perasaan seperti

teman sebilik saja, kami cuba terapkan kebiasaan untuk memeluk antara satu sama lain dan bercerita setiap malam sebelum melelapkan

mata.”

4. Perkahwinan adalah sesuatu yang menyeronokkan.

“Saya dan isteri amat menyenangi kehadiran masing-masing. Kami gemar bergelak ketawa bersama, bergurau dan mengusik. Setiap hari ada

saja SMS yang dihantar, kadangkala lawak jenaka dan ada juga mesej berunsur seks nakal.”

5. Lazimnya salah seorang akan lebih banyak berkorban.

“Mana ada yang 100 peratus adil pembahagiannya. Selalunya isteri akan lebih banyak berkorban terutama dari segi kerjaya. Kadangkala ada yang terpaksa melepaskan kenaikan pangkat kerana tidak ingin rumah tangga kucar-kacir.”

6. Pasangan anda akan berubah mengikut masa.

Anda harus menerima kenyataan bahawa masing-masing akan berubah mengikut masa. Kadangkala dari segi perangai, rupa paras, bentuk badan dan hobi.

Tiada orang yang akan kekal sama seperti mula berkenalan dulu.

7. Anda tidak semestinya bersetuju dalam semua perkara.

Suami akan tetap mahu menggunakan wang bonus untuk membesarkan garaj manakala isteri inginkan sofa baru. Terimalah hakikat bahawa masing-masing ada keinginan yang berbeza.

Yang penting tolak ansur, mungkin bonus tahun ini mengikut kehendak isteri manakala bonus tahun depan untuk suami pula.

8. Semakin lama berkahwin semakin bahagia.

Pasangan yang memahami kehendak masing-masing dan mengamalkan tolak ansur dalam kebanyakan perkara sepanjang mereka berkahwin, lazimnya akan berjaya melawan badai atau masalah.

Mereka inilah yang dapat menikmati kemanisan berumahtangga. Mereka inilah pasangan sehati sejiwa masing-masing.

9. Hubungan seks ada turun naiknya.

Kadangkala sangat berkesan dan ada kalanya tidak begitu memberangsangkan. Masing-masing seharusnya menerima bahawa ia

bergantung kepada mood dan keadaan sekeliling.

10. Perasaan ego berlebihan amat berbahaya.

Apabila berlaku perselisihan, masing-masing menjadi begitu sensitif dan mementingkan ego. Jika terlampau mengikut ego, anda mungkin akan memanjangkan masalah yang kecil.

Elakkan daripada menyimpan perasaan marah terlalu lama kerana pasangan anda mungkin akan berubah hati. Sanggupkah anda?

Petikan dari Harian Metro.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: