Tema : Kerajaan Prihatin
Trategi khusus:
Pertama: Menjamin Kesejahteraan Rakyat.
Kedua: Membangunkan Modal Insan Berkualiti.
Ketiga: Memperkukuhkan Daya Tahan Negara.
Jaringan Keselamatan Sosial
- bilangan penerima bantuan meningkat dua kali ganda daripada 54 ribu isi rumah kepada 110 ribu isi rumah. Ini termasuk bilangan warga emas yang layak meningkat daripada 14 ribu kepada 40 ribu penerima.
- pesara Kerajaan yang telah berkhidmat
sekurang-kurangnya 25 tahun akan menerima pencen tidak kurang daripada 720 ringgit
sebulan, mulai 1 Januari 2009 - Kerajaan akan
menubuhkan satu tabung bantuan khas berjumlah 25 juta ringgit bagi menyalurkan pemberian kewangan kepada keluarga yang kehilangan punca pendapatan secara mengejut,
seperti akibat kemalangan. - Kerajaan akan menaikkan jumlah Elaun Ibu Pelihara
daripada 600 ringgit kepada seribu ringgit sebulan. Kenaikan ini akan berkuat kuasa mulai 1
September 2008.
Membasmi Kemiskinan
- Pada tahun 2009,
peruntukan lima puluh juta ringgit disediakan untuk membina 1,400 rumah baru dan membaik pulih seribu buah rumah. Keutamaan diberi kepada golongan tua, uzur, cacat dan ibu atau
bapa tunggal yang mempunyai ramai tanggungan serta mangsa bencana alam. - mempertingkatkan kemudahan asas, seperti bekalan
elektrik, air dan jalan luar bandar. Untuk ini, 580 juta ringgit disediakan bagi Sabah dan 420
juta ringgit bagi Sarawak. - isi rumah yang membayar bil elektrik dua puluh ringgit dan ke bawah
sebulan tidak perlu membayar bil elektrik, berkuat kuasa 1 Oktober 2008 sehingga akhir
2009. Kerajaan akan menanggung kos bil tersebut yang berjumlah 170 juta ringgit. Seramai
1.1 juta isi rumah akan mendapat manfaat daripada langkah ini
Meningkatkan Pendapatan Boleh Guna Rakyat
- Kerajaan mencadangkan rebat cukai 350 ringgit seorang yang diberikan pada masa ini, dinaikkan
kepada 400 ringgit bagi pendapatan bercukai 35 ribu ringgit dan ke bawah. - Kerajaan mencadangkan pendapatan
faedah ke atas simpanan bagi individu dikecualikan cukai. - Kerajaan
mencadangkan duti import ke atas beberapa barangan pengguna dikurangkan daripada di
antara sepuluh peratus dan 60 peratus kepada di antara lima peratus dan 30 peratus.
Barangan terlibat termasuk pengisar makanan, periuk nasi, ketuhar gelombang mikro dan
cerek elektrik - Kerajaan mencadangkan duti import ke atas beberapa barang
makanan di antara dua peratus dan 20 peratus dikecualikan sepenuhnya. Antara barang
makanan terlibat adalah mihun, biskut, jus buah-buahan dan jagung manis dalam tin. - Kerajaan akan mengurangkan kadar cukai jalan kenderaan penumpang persendirian
berenjin diesel milik individu dan syarikat supaya sama dengan kadar cukai jalan kenderaan
berenjin petrol, berkuat kuasa 1 September 2008.
Menjamin Kebajikan Pekerja
- Kerajaan mencadangkan elaun perjalanan antara rumah dan tempat kerja yang
diberikan oleh majikan kepada pekerja diberi potongan sepenuhnya, manakala pekerja yang
menerima elaun perjalanan diberi pengecualian cukai sehingga 2,400 ringgit setahun. - Kerajaan mencadangkan pengecualian cukai diberikan ke atas
manfaat yang dinikmati pekerja, seperti berikut:
Pertama: bantuan kadar faedah bagi pinjaman berjumlah sehingga 300 ribu ringgit untuk
perumahan, kenderaan bermotor dan pendidikan;
Kedua: telefon mudah alih serta bil telekomunikasi dan langganan internet yang dibayar
oleh majikan;Ketiga: nilai diskaun sehingga seribu ringgit setahun ke atas barangan jualan syarikat
yang ditawarkan kepada pekerjanya;
Keempat: nilai diskaun ke atas perkhidmatan yang diniagakan oleh syarikat yang
ditawarkan kepada pekerja, seperti sekolah swasta yang memberi pendidikan
percuma kepada anak pekerjanya; dan
Kelima: elaun penjagaan anak sehingga 2,400 ringgit setahun bagi anak-anak pekerja. - Kerajaan juga mencadangkan pengecualian cukai diberi ke atas
manfaat perubatan tradisional yang diterima oleh pekerja. - Kerajaan akan meningkatkan tahap kelayakan
untuk mendapat subsidi yuran TASKA bulanan 180 ringgit. Tahap kelayakan pendapatan isi
rumah bulanan dinaikkan daripada dua ribu ringgit kepada tiga ribu ringgit, mulai 1 Januari
2009. - kakitangan Kerajaan diberi kemudahan tambang pergi balik
percuma sekali dalam tempoh dua tahun untuk mengunjungi wilayah asal, iaitu di antara
Semenanjung Malaysia dan Sabah serta Sarawak. Bagi mengeratkan silaturahim keluarga,
kemudahan ini akan diberikan setiap tahun, mulai 1 Januari 2009. - RapidKL dan RapidPenang telah ditubuhkan untuk memperbaiki sistem
pengangkutan awam di Lembah Kelang dan di Pulau Pinang. Kini, RapidKL menyediakan
perkhidmatan bas kepada 166 laluan merangkumi lebih 980 kawasan kediaman. - RapidPenang pula menyediakan perkhidmatan bas kepada 33 laluan di 106
kawasan perumahan dengan jumlah 46 ribu penumpang sehari. RapidPenang kini
menyediakan 60 peratus daripada jumlah perkhidmatan bas di Pulau Pinang. Untuk
memperluaskan lagi jaringan perkhidmatan, 200 bas akan ditambah, menjadikan jumlah 350
bas. - Sistem LRT sedia ada di Lembah Kelang akan dipanjangkan sejauh 30 kilometer,
iaitu masing-masing sepanjang 15 kilometer bagi Aliran Kelana Jaya dan Aliran Ampang. - Kerajaan telah pun meningkatkan kuota subsidi diesel bagi
pengangkutan awam. Kerajaan akan turut mengambil langkah-langkah berikut:
Pertama: menyediakan kemudahan pinjaman mudah melalui Dana Pengangkutan Awam
tiga bilion ringgit di bawah Bank Pembangunan Malaysia Berhad untuk
membiayai perolehan aset bas dan rel; dan Kedua: mengurangkan bayaran tol sebanyak 50 peratus bagi semua bas, kecuali di
pintu masuk sempadan, iaitu Tambak Johor, Link Kedua dan Bukit Kayu
Hitam, untuk tempoh dua tahun, bermula 15 September 2008. Kerajaan akan
memberi pampasan kepada operator tol di atas kehilangan hasil berikutan
pengurangan ini yang dianggarkan 45 juta ringgit setahun. - pengusaha semua bas diberi pengecualian cukai jualan ke atas
pembelian bas baru yang dipasang dalam negara dan perbelanjaannya diberi Elaun Modal
Dipercepatkan. Selain itu, cukai jalan dikurangkan kepada 20 ringgit setahun bagi semua bas
dan teksi, termasuk kereta sewa pandu dan limousin. - Kerajaan bersetuju untuk memberi bonus bersamaan
sebulan gaji dengan minimum seribu ringgit bagi tahun 2008. Bonus ini akan diberi dalam
dua bayaran, iaitu pada bulan September dan Disember, 2008.
Teks yang lengkap anda boleh download di sini.

















salam…saya ingin berkongsi sedikit dengan masalah kecurian laptop yang bertambah pada era modern ini. justeru itu saya ada jual alat untuk mengesan frequency , camera, dan juga block system handphone and GPS..alat yang sya jual ini ada yang disalah gunakan untuk tujuan yang tidak sihat seperti mencuri laptop dan sebagainya. Untuk nasihat saya anda mestilah berwaspada dengan memasang alat seperti portable jammer GPS + mobile phone. Alat ini berfungsi menghalang sebarang frequency ataw detection untuk keluasan 10meter sahaja.sesuai diletakkan dalam kereta dan tidak perlu bimbang laptop anda dicuri. Harga untuk Portable Jammer ini tidak mahal RM300 dan mampu dimiliki oleh semua golongan. Jika anda sanggup tanggung risiko? sayangilah duit anda!
wasalam