kembali ke dunia berkerja

1 07 2008

Alhamdulillah petang selasa semalam aku kembali ke tempat kerja dgn selamat. lebih kurang 1 minggu aku bercuti di kampung. Walaupun waktu itu singkat namun ia amat memberi erti kepada aku. Aku tiba di air port  lebih kurang dekat pukul 4.00 ptg. Jauh sekali perjalanan kali ini ku rasa. Aku bertolak dari kampung pada petang isnin pada pukul 7 ptg lebih kurang menaiki kereta api dari tanah merah ke KL central (RM 27.00). Aku tiba di Kl central pada jam lebih kurang kul 8 pagi lebih pada hari selasa. Kemudian dr kl central ke LCCT. selepas itu dari kl (kul 1.40 ptg ) ke bintulu (4.00 ptg).. Penat sungguh rasanya… Tp alhamdulillah semuanya ok…