KAD NIKAH PINTAR

6 06 2008

KEMPEN MEMILIKI KAD NIKAH PINTAR

Klik untuk melihat contoh kad
Klik pada gambar untuk maklumat lanjut !

Kepada pasangan yang telah berkahwin (Di Negeri Kelantan sahaja), anda boleh membuat permohonan untuk mendapatkan Kad Perakuan Nikah(e-Nikah) di bahagian Pentadbiran Undang-Undang Keluarga, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan pada waktu pejabat. Sila bawa 2 keping gambar berukuran pasport setiap seorang (isteri wajib bertudung) dengan berlatarbelakangkan warna biru bagi warganegara (warna merah bagi bukan warganegara), Salinan Sijil Nikah Asal dan salinan Kad Pengenalan/Pasport. Bayaran 2 keping kad adalah RM30. Tempoh siap kad dalam masa 30 hari dari tarikh permohonan.


Actions

Information

6 responses

8 06 2008
Noorizam Shah

canggih tu.. bila la kat perak nak ada kad macam tu.. ohoho

8 06 2008
neoryzer

member sy ada pakai benda ni… senang ckit nk pergi mana2 dgn isteri.. kl ada pencegah maksiat tunjuk kad ni je… nak menginap di hotel pun senang bawa kd ni je.. x perlu susah2 bawa sijil nikah atau sijil perkahwinan…

13 06 2008
piju

menarik.

15 06 2008
neoryzer

tul tul… nanti bila dah kahwin leh la cuba :)

20 10 2008
ami

Noorizam…kad perak dah ade…cuma kad tg lama sebiji sama mcm kelantan, tapi kad yg baru ni hampehhh..dah le buruk rupa dia, function pun tarak..so jgn buat ye….

21 05 2009
Anna Amin

negeri2 lain selain kelantan takde ke kad ni??

Leave a comment