KEMPEN MEMILIKI KAD NIKAH PINTAR
Klik pada gambar untuk maklumat lanjut !Kepada pasangan yang telah berkahwin (Di Negeri Kelantan sahaja), anda boleh membuat permohonan untuk mendapatkan Kad Perakuan Nikah(e-Nikah) di bahagian Pentadbiran Undang-Undang Keluarga, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan pada waktu pejabat. Sila bawa 2 keping gambar berukuran pasport setiap seorang (isteri wajib bertudung) dengan berlatarbelakangkan warna biru bagi warganegara (warna merah bagi bukan warganegara), Salinan Sijil Nikah Asal dan salinan Kad Pengenalan/Pasport. Bayaran 2 keping kad adalah RM30. Tempoh siap kad dalam masa 30 hari dari tarikh permohonan.
KAD NIKAH PINTAR
6 06 2008Comments : 6 Comments »
Tags: kad nikah pintar
Categories : My journal
Prosedur Perkahwinan
6 06 2008Prosedur Perkahwinan Negeri Kelantan Darulnaim
PERMOHONAN KEBENARAN BERKAHWIN PASANGAN
DARI MUKIM/DAERAH/NEGERI YANG SAMA (KELANTAN)
●Dapatkan Borang permohonan kahwin dari Penolong Pendaftar (Imam Mukim berkenaan)
●Isi borang dengan lengkap.
●Lampirkan dokumen yang berkaitan
●Mengemukakan borang yang telah lengkap diisi kepada Penolong Pendaftar Nikah Mukim tujuh hari sebelum akad nikah dilangsungkan untuk pengesahan status dan anak mukim serta kebenaran @kelulusan kahwin.
PERMOHONAN KEBENARAN BERKAHWIN PASANGAN
DARI KARIAH / DAERAH / NEGERI YANG BERLAINAN
●Dapatkan borang permohonan dan Kebenaran Berkahwin dari Pendaftar NCR negerinya
●Serah surat kebenaran dan salinan surat permohonan (jika perlu) kepada Pendaftar / Penolong Pendaftar negeri tempat berkahwin
●Isi borang permohonan berkahwin di tempat / negeri perkahwinan itu hendak dilangsungkan (jika perlu)
LAMPIRKAN DOKUMEN YANG BERKENAAN SAHAJA
●Perakuan daripada Pendaftar NCR negeri yang berkaitan
●Salinan Kad pengenalan pemohon, wali dan saksi / visa yang sah
●Surat pengesahan status bujang / dara dari majikan
●Surat perakuan cerai
●Surat daftar kematian
●Sijil kursus pra perkahwinan
●Surat perakuan memeluk Islam
●Surat kebenaran berkaitan bagi warganegara asing
●Surat akuan Sumpah
●Surat kebenaran daripada imigresen
●Surat kebenaran berkahwin di bawah umur, (lelaki 18 tahun, perempaun 16 tahun)
●Surat kebenaran berkahwin secara poligami
●Surat kebenaran berkahwin bagi janda berhias
sumber : jaheaik
Comments : 2 Comments »
Tags: kahwin, prosedur perkahwinan
Categories : My journal


















Recent Comments