ada apa dgn bulan mei?

31 05 2008

ada apa ek dgn bulan mei ni? kl korang nak tahu bulan ni bermakna bg aku ini kerana byk kenangan-kenangan manis dan pahit… bulan ini juga merupakan bulan keberkatan bg aku… bulan ini juga merupakan bulan kelahiran diriku ini…

antara kenangan pahit :

  • bulan terakhir aku dpt mendengar suaranya… aku terima smsnya… siapa dia ek? biarlah rahsia :)

kenangan manis :

  • Bulan ini juga merupakan pertemuan istimewa bg aku dgn seseorg yg bermakna bg aku… tp semua ini biarlah ia menjadi kenangan dlm hidupku.. ia memberi kekuatan kpd aku utk meneruskan khidupan ini… mematangkan diri ini… mengajar aku erti sesuatu yg belum pernah aku alami dan memahami..

aduh!!! kenangan pahit dan manis mesti pasl cinta kan… entahlah aku pun mlas nak tulis psl tp nak kongsi la ckit2 dgn anda semua. kepada remaja-remaja anda perlu fikir baik2 dan bertindak mengikut ajaran agama mengenai sesuatu perhubungan cinta itu…  janganlah bertindak mengikut nafsu dan perasaan semata-mata.. kerana ia akan membawa diri kita ke arah kesesatan dan kesengsaraan… fikirkanlah!!!!… memang lumrah manusia memerlukan cinta tp islam tidak menghalang cinta tetapi gunalah cara yang di benarkan dlm islam… kerana jalan itu akan memberi ketenangan dan kejayaan kpd kita…

Bulan ini juga bulan keberkatan bg aku ini kerana pada bulan ini aku rasa rezeki aku sgt murah…. rzeki yg datang tanpa di duga…. bulan ini juga sedikit sebanyak mengubah diriku ini… aku sangat bersyukur kpdmu ya Allah… smg Engkau sentiasa merahmati dan  memberkati kehidupanku ini amin….





selamat hari gawai

31 05 2008

walaupun aku ni bkn org iban tetapi aku nak ucapkan selamat hari gawai kpd warga2 yg menyambut hari gawai di sabah dan sarawak. ini kerana aku tinggal kt serawak so x salahkan aku mengucapkan?…  cuti beberapa hari ni aku dok kat bandar rumah cikgu yg x blk semenanjung… boring dok rumah sewa aku coz xde org pun.. dok rumah kawn aku ni ada internet tu yg penting :) …. hari ni pergi kedai kek jap coz nk tempah kek lapis serawak untuk wat blk semenanjung bila aku blk bln 6 ni… x sabar2 nak blk ni heeee…

Sebelum ni aku gunakan blog ni utk posting ilmu2 teknikal tetapi oleh kerana aku dah buat blog baru khas utk ilmu2 teknikal so aku jadikan blog ni utk blog mengenai life aku dan tentang kehidupan aku. ni link blog baru aku neoryzer.

Ni beberapa perkataan dlm bhasa iban dan makna dlm bhs melayu.. so sesiapa nk belajar bhasa iban blh la :) ..

pulai = pulang

mudik = balik

ngirup = minum

makai = makan

lemai = petang

sik da = tidak ada

sitok = sini

sinung = sana

nak nemu utai = tidak tahu apa-apa





milik siapakah batu putih?

23 05 2008

milik siapakah? adakah singapura yang akan memiliki batu putih atau malaysia? walaupun keluasan batu putih itu kecil di mata tetapi ia sangat bermakna dan penting… aku sebagai rakyat malaysia menyokong dan berdoa semoga batu putih akan di miliki oleh malaysia… so jgn lupa menonton siaran langsung yang dibawakan oleh TV1 mengenai penentuan batu putih ini milik siapa…





mabuk logik

20 05 2008

pernahkah anda alami masalah ini? bukan mabuk cinta je ada tp mabuk coding ataupun mabuk fikir logik pun ada hee… maybe x semua org kot yang alami macam ni.. masalah ini terjadi kepada  programmer atau pengaturcara.. maybe x semua programmer  yg alami mabuk logik ini… tp aku selalu alami masalah ini kadang2 tidur 1-3 jam je satu mlm dok mabuk logik hu3… simptom ini terjadi bila aku buat sesuatu system atau program… mcm mana aku nk hadapi masalah ni ek? ada apa cadangan x?  biasanya utk kurangkan mabuk logik ni aku cuba fikirkan perkara lain dan elakkan fikir logik2.. tp lama2 terfikir jugak huk3…

walaupun mabuk2 logik aku terpaksa siapkan sistem atau program coz customer sudah bayar utk siapkan satu sistem utk pengiklanan.

Projek ni membolehkan broker tanah atau kereta atau rumah boleh mengiklankan apa2 maklumat mengenai tanah, rumah, kereta dan lain2… projek ni belum siap sempurna lagi… masih dalam kemaskini dan pembaikan… kl ada papa2 cadangan bgtau la kawan2…

alhamdulillah rezeki sampingan ada jugak la walaupun x byk… cukuplah kpd aku ni baru nk bekecimpung dalam dunia programmer ni :)





Update E-Maj selepas 2 minggu dikeluarkan

16 05 2008


Sambutan yang hangat mcm goreng pisang itulah yang boleh dikatakan kpd majalah e-maj… majalah ebook mengenai ubuntu… sudahkah anda memilikinya? jika belum sila download di sini.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai majalah e-maj dan mendapatkan versi sebelum ini serta ingin mengenali lebih dekat lagi mengenai ubuntu sila ke blog melayu ubuntu.

Terima kasih syahid zul :)
teruskan usaha anda…
.





Tropical Transparency Effect

15 05 2008

Cantik x? kalu anda tertarik dengan design ini sila ke aiburn utk mengetahui bagaimana ia di buat dgn menggunakan photoshop…

ada banyak lg contoh tutorial yang di buat oleh aiburn sebagai contohnya

check it out :)

aiburn





Selamat Hari Guru

14 05 2008

Pengenalan Hari Guru

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam

tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu

(Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan

Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar

pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan

Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.


LOGO HARI GURU

logo

Putih : Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.
Perak : Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.
Kuning: Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan.

Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.

Merah : Menunjukkan keteguhan semangat.
Biru : Menunjukkan perpaduan muhibah.


Objektif Hari Guru

Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan

dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.

Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting

kaum guru dalam masyarakat Malaysia. Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas

dan muhibah di antara guru. Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.

Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar,

persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.

Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan

mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.





TIPS DAN TRICK WINDOW

13 05 2008


(1) Untuk cepatkan proses shutdown, disablekan sound scheme shutdown.
Klik Start—–>control panel—->sound—–>speech audio&device—->change The Sound Scheme, cari “Exit Window” gantikan sound “xp shutdown sound” kepada “none”, apply dan ok.

(2) Mematikan amaran error reporting.
bila keluar mesej “This Program Not Responding” kita kena pilih ‘End Now’ atau ‘cancel’, bila kita ‘end now’ je, akan keluar error report,lepas tu dia suruh contact microsoft dan suruh ’send’ atau ‘not send’, benda ini membazir masa sekiranya kita tidak mahu report, kita disablekan dia dengan cara:
Klik kanan icon my computer –> properties —> tab advance —> klik error reporting button —> disable.

(3) Meningkatkan perfomance window XP i.
Cari folder ‘Prefetch’ di dalam folder system window (drive C), buang file dalam tu, jangan buang folder. klik My Computer —> Drive C —> folder windows —> folder perfecth —> delete all files.

(4) Meningkatkan perfomance window XP ii.
Teknik Tweak. right click my computer —> properties —> advanced —> perfomance setting —> visual effect —> custom. disablekan :
Fade or slide menus into view
Fade or slide ToolTips into view
Fade out menu items after clicking
Show Shadows under menus
Slide open combo boxes
Slide taskbar buttons
Use a background image for each folder type
Use common tasks in folders (tidak digalakkan bagi kerja filing/foldering)

(5) Mengurangkan waktu menunggu scandisk (untuk format NTFS).
Biasanya berlaku kalau blackout atau tutup secara paksa. Scandisk akan keluar dan untuk elak scandisk ini. klik start —> run —> taip cmd —> ok, CHKNTFS /T:(masa dalam saat)

(6) set DMA di IDE Device (2 hard disk atau 2 cdrom).
Right click my computer —> manage —> device manager —> IDE ATA/ATAPI Controllers —> primary IDE channel —> Advanced Setting —> Device 1 —> transfer Mode —> tukar PIO only kepada DMA if available —> ok —> restart.

(7) Disable Messenger pada tray.
Klik My computer —> drive c —> Program Files —> Messenger —> change folder name Messenger to MessengerOFF. Kalau tak menjadi, delete saja folder Messenger dalam program files jika tak mahu pakai jugak messenger.

(8) Aktifkan Windows Product activation (WPA).
Untuk WIn XP professional (Corporate Edition sahaja)
klik start —> Run —> regedit —> Hkey local machine —> software —> microsoft —> windows NT —> curent version —> WPA events—> oobitimer —> tukar salah satu nombor dua digit tu kepada nombor lain —> ok —> exit.
klik start —> run —> %systemroot%system32oobemsoobe.exe /a atau oobe/msoobe /a —> akan keluar paparan windows product activate dan pilih “activate by phone” —> next —> “change product key” —> masukkan key asal winXP yang diguna untuk install —> update —> restart
selepas restart klik start —> run —> taip oobe/msoobe /a. sekiranya ada mesej “Windows is already activated ” bermakna dah berjaya.

(9) Menambah kelajuan start menu
Klik start —> Run —> regedit —> HKEY_CURRENT_USER —> Control Panel —> Desktop >MenuShowDelay —> tukar value yang ada kepada jumlah paling kecil (contoh 200 kepada 10)

(10) Mengubah saiz cache (adjust large cache)
Klik start —> run —> regedit —> HKEY Local Machine>System —> Current control set —> control —> session manager —> pada value memory management tukar kepada 0 atau 1.

(11) Disable system restore.
Klik My computer —> control panel —> system —> klik system restore —> “turn off system restore on all divice” —> apply —> delete folder system volume information dalam visible mode.

(12) Disable WinXP boot logo.
Klik start —> run —> edit boot.ini —> taip “/noguiboot” dan “/fastdetect” —> save —> restart.

(13) Hide Shared Documents folder pada my computer.
Klik start —> run —> regedit —> HKLocal Machine —> Software >Microsoft —> Windows —> Current Version —> Explorer —> My computer —> Name Space —> Delegate folder —> klik dua kali delegate folder dan kita akan dapat subkey 59031a47-3f72-44a7-89c5-5595fe6b30ee. Delete subkey ini untuk hilangkan ’shared documents’. copy semula subkey untuk adakan semula folder shared documents.

(14) Hide welcome screen semasa window XP start.
Klik start —> run —> regedit —> Hkey_Users —> Default —> Control panel —> Desktop —> Font Smoothing (string value setkan 2). Kemudian Klik Hkey _Users —> Default —> Control Panel —> Desktop —> Font Smoothing Type (Hexademical word Value setkan 2) —> restart.

(15)Shorcut untuk window XP
Windows: Display the Start menu
Windows + D: Minimize atau restore semua window yang dibuka
Windows + E: Explorer Window
Windows + F: Window untuk Search Result
Windows + Ctrl + F: Paparan Search
Windows + F1: Paparan Help dan Support center
Windows + R: Paparan Run
Windows + break: Paparan System Properties
Windows + shift + M: Undo minimize all windows
Windows + L: Untuk Log Off
Windows + U: Paparan Utility Manager

(16) Group Policy Windows XP.
Klik start —> run —> gpedit.msc. Di sini banyak polisi boleh diubah.

(17) Hacking admin account.
Restart —> press F8 before image logo —> safe mood —> login as administrator —> control panel —> change password —> restart.

(18) Password Recovery (floppy disk).
Klik My computer —> control panel —> user account —> select account —> Related Task —> prevent forgetten password —> follow all step. Keep disk.

(19) Delete Page “shutdown”.
Klik My computer —> Control Panel —> Administrative tools —> local policies —> security options —> shutdown —> enablekan —> restart.

(20) Letak nama pada title bar.
Klik start —> run —> regedit —> HKEY_Current User —> Software —> Policies —> right click Microsoft —> enter subkey baru —> letak nama (eg. WindowsMediaPlayer) —> right click subkey, enter new key (string value) —> name as title bar… —> REG_SZ —> Value Name (title Bar) —> put name —> restart.





kursus penulisan blog

13 05 2008

SHAH ALAM: Universiti Teknologi Mara (UiTM) sedia mewujudkan kursus penulisan blog sebagai usaha melahirkan penulis ‘online’ yang lebih profesional dan beretika, kata Naib Canselornya, Datuk Seri Prof Dr Ibrahim Abu Shah.

Beliau berkata, selaras dengan perkembangan semasa di mana semakin ramai anggota masyarakat lebih terarah kepada penulisan media alternatif itu, idea untuk mewujudkan pengajian yang mengkhususkan penulisan blog sangat dialu-alukan.

“Kini memang ada ‘blogging studies’ dalam kurikulum kita dan kita akan perkukuhkan lagi (dengan perkenalkan kursus mengenai penulisan blog).

“Saya rasa Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media bersedia menjalankan kursus ini dan saya menyokong cadangan ini kerana sudah sampai masanya kita membantu melahirkan blogger yang profesional dan beretika.

“Insya-Allah kita akan lihat perkara itu,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Media dan Pilihan Raya Umum 2008 di sini, semalam.

Turut hadir, Rektor Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Datuk Prof Dr Syed Arabi Idid dan Dekan fakulti berkenaan, Prof Madya Mohd Adnan Hashim.

Dr Ibrahim berkata walaupun tidak memerlukan kelulusan akademik, setiap penulis blog perlu mematuhi etika tertentu dalam mengutarakan pandangan masing-masing bagi mengelakkan mereka menulis perkara negatif dan berunsur fitnah.

“Setiap orang boleh menjadi penulis blog, tetapi tidak boleh menulis sesuka hati dan mesti faham beberapa syarat untuk menulis termasuk perkataan dari segi etika dan sama ada perkara itu benar atau tidak benar. Perkara berbentuk negatif ini kita tidak boleh terima,” katanya.

Terdahulu dalam ucapan, Dr Ibrahim berkata media baru kini menjadi fokus golongan muda disebabkan ‘modus antiestablishment’ mereka dan setiap kali media tradisional membuat kesilapan, media baru menjadi alternatif bagi golongan terbabit.

Katanya, masyarakat melihat media baru sebagai ruang ekspresi bagi menyampaikan kehendak fikiran mereka dan perkembangan ini juga dilihat sebagai proses memperkuat akauntabiliti kerajaan serta bertindak sebagai `watchdog’ untuk rakyat.

Mengambil contoh keputusan pilihan raya umum baru-baru ini, Dr Ibrahim berkata rakyat sudah mengaktifkan revolusi maya atau online dengan memaparkan maklumat yang kadangkala bernas dan juga hilang keterbatasannya sehingga menyumbang kepada peralihan kuasa memerintah di beberapa negeri yang jatuh ke tangan pembangkang.

“Apakah tidak ada media lain yang akan dapat menyeimbangi keadaan ini? Adakah kita juga terperangkap dan turut membiarkan diri kita menjadi mangsa media maya ini tanpa sebarang ’check and balance’ terhadap diri, keluarga dan masyarakat.

“Di sinilah saya rasa koloni siber itu boleh di’regulate’. Jika blog yang digunakan maka blog juga kita ketengahkan dengan menggabungkan media tradisional dengan media baru selain dari kawalan sistem, peningkatan kos akses dan sebagainya,” katanya.

Di petik dari hmetro





kenali antara Sumber Terbuka

12 05 2008

1.Firefox
Sebuah pelayar laman
web popular yang
digunakan oleh kebanyakkan
pembangun laman web dan
dilengkapi oleh ciri-ciri keselamatan
terkini yang sangat menyakinkan.
2.OpenOffice.org
Berfungsi sebagai Microsoft Office di
dalam Ubuntu dan dibekalkan
dengan pelbagai extention yang
dibangunkan oleh penggunanya
sendiri.
3.Gimp
Perisian memanipulasikan
image multi-platform
popular ini menjadi
altenatif kepada Adobe Photoshop.
Paling mengujakan ialah ia mampu
melakukan hampir kesemua perkara
yang mampu dilakukan dengan
Photoshop jika kita tahu
menggunakannya.
4. Evolution Mail
Perisian ini mengantikan fungsi
Microsoft Outlook di dalam Ubuntu
untuk menguruskan email, task, dan
sebagainya.
5.Rhythmbox dan Movie Player
Berfungsi sebagai pemain video dan
muzik manager yang terinstall secara
default didalam Ubuntu.
6.Transmission
Perisian torrent yang baru
diperkenalkan dalam Ubuntu. Ianya
ringan dan berfungsi dengan sangat
pantas didalam Ubuntu.

sumber : ubuntu malaysia