Last day

29 11 2007

hurm.. pejam celik sekejap je masa berlalu…. hari ini last day aku kerja kat kuala terengganu… hari sabtu ni blk ke kelantan… selepas ini entah bila plak aku dapat menulis di blog ni…

Bagi mengetahui kemana plak aku kerja kat mana dan apa kerja aku tunggu tau!! lepas ni aku akn bgtau heeee.. so anda perlulah selalu jengok blog ni heee :)

Kemungkinan lama jugak la aku x update blog ni nanti…

Kesempatan ini aku memohon maaf segala salah silap dan tingkah laku serta apa-apa yang x kena… tersalah kata… penulisan aku yang teruk dan kekurangan… ada yang menyinggung perasaan dan yang x elok..

klah assalamualaikum…

jumpa lagi :)





lelaki mithali

29 11 2007

Sekiranya anda ingin atau ada niat utk menjadi seorg lelaki mithali sila baca artikal ini.

Antara Ciri- ciri sifat lelaki mithali

1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa mengenai hal ini.

2. Jika sudah mendirikan rumah tangga, bersyukur kerana mempunyai pasangan. Yakinlah isteri anda pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami ‘mithali’ menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan isteri anda.

4. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari?

5. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

6. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

7. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

8. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunnah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

Di petik dari harian Metro.

Untuk membaca lebih lanjut sila ke lelaki mithali