amazing effect

24 11 2007

amazing effect!!!… memang hebat la mamat ni buat effect guna photoshop.. jom kita bersama mempelajarinya… bersama kita kongsi ilmu..

antaranya

untuk melihat tutorialnya sila ke http://psdtuts.com/





norton ghost

24 11 2007

Sebelum ini aku hanya pernah dengar nama dan fungsinya sahaja apa itu ghost dan kegunaannya… so, hari ini aku dapat peluang utk berkongsi maklumat ini dengan anda semua… Sebelum ini sekiranya kita format komputer memerlukan masa yang sangat lama lebih kurang 1 hingga beberapa jam utk format komputer… tapi dengan software ini ia dapat menjimatkan masa… ia hanya diperlukan beberapa minit sahaja… hebat kan… maybe kerana ini ia diberi nama norton ghost”.. antara fungsi yang lain kita boleh backup window… di sini saya cuma ceritakan bagaimana ingin backup window… tetapi kita juga sebenarnya boleh menggunakan kaedah ini utk format beberapa hard disk.. bayangkan sekiranya kita perlu format komputer 50 buah so berapa lama masa di perlukan.. andaikata 1 buah mengambil masa paling kurang 2 jam…. kira berapa?… tetapi dengan norton ghost ini beberapa minit sahaja bagi 1 buah.. kira berapa kalau 50 buah?.. jauh bezanya kan….. kita gunakan kaedah di bawah ini juga utk install window…

 

 

Langkah-langkahnya

 

  • kita perlukan installer norton ghost 2003.
  • setelah kita install ghost tadi, kita backup windows. Perlu diingat, untuk membuat backup ini kita memerlukan ruangan kosong didalam hard disk kita. Ruangan yg diperlukan mungkin sama size atau kurang daripada window asal kita. Sekarang kita boleh mula membuat backup windows.
  • Buka program ghost yg telah diinstall tadi kemudian klik pada butang backup dan Seterusnya klik “next”.
  • Pilih drive C kemudian klik pada butang “next” seperti didalam arahan.
  • Step seterusnya, sila klik pada butang “Browse” untuk memilih drive simpanan bagi backup kita nanti.
  • akhirnya, masukkan nama file backup windows kita kemudian save dan ikuti arahan seterusnya sehingga proses itu selesai.

Proses ini akan memakan masa 3-4 minit bergantung dengan kelajuan komputer itu sendiri. Tempoh masa untuk restore juga adalah sama. Aapabila proses ini berakhir, ia bermakna kita telah memiliki backup windows yg lengkap.

 

Adalah lebih baik sekiranya kita membuat backup ini ketika window kita masih elok dan belum mengalami sebarang masalah. Ini adalah kerana apabila kita restore nanti ia akan kembalikan window sebagaimana keadaannya sewaktu kita membuat backup dahulu.

Bagi proses restore juga adalah tidak begitu susah. Kita hanya perlu klik pada restore kemudian Browse utk mencari semula file backup yang telah kita buat tadi. Hasilnya, ia akan kembalikan windows kita kepada yang asal.

Antara kelebihan backup yang kita buat ini antaranya kita tidak perlu kerap kali setup window sekiranya ia bermasalah. Proses ini adalah lebih menjimatkan masa berbanding menanti sehingga berjam-jam untuk menggantikan window baru.

 

Antara lain, kita tidak perlu bimbang untuk mencuba program-program baru kerana kerosakan window akan dapat dibaiki hanya dalam masa beberapa minit. Ia juga baik untuk melindungi komputer dari virus-virus dan jangkitan kuman kerana proses restore ini akan menghilangkan virus-virus tersebut dan kembalikan window kepada keadaan asal.

 

 





tip pencarian menggunakan google

24 11 2007

tips ini adalah penting bagi kita utk mendapatkan maklumat yang kita cari itu banyak dan berguna utk kita… biasanya apabila kita buat pencarian maklumat yg kita inginkan tidak dapat dan sedikit shj… ini kerana key yg kita gunakan tidak tepat dan tidak sesuai dgn maklumat yang kita inginkan… Sila guna tips di bawah ini utk meningkatkan kualiti pencarian kita…

Antaranya

define
Mendefinisikan suatu kata yang dicari dalam berbagai bahasa, sepert kamus.
contoh: define:IT–>carian akan mencari arti kata it.(penggunaan key ini sesuai utk mencari sesuatu definisi)


filetype

memfilter semua file dengan ekstension tertentu.
Contoh: filetype:pdf-> akan mencari semua file dengan type pdf.

site
memfilter berdasarkan domain yang ada
contoh: site:google.com adsense —> akan mencari kata adsense di laman web google.com

intitle
Memfilter dokumen yang memiliki title yang spesifik
contoh: intitle:fox fire —> akan mencari semua site yang ada kata fox dan didalamnya terdapat teks fire

allintitle
Memfilter dokumen untuk mencari intitle intile
contoh: allintitle:fox fire —> akan mencari semua site yang memiliki title fox dan yang memiliki title fire atau = intitle:fox intitle:fire

inurl
Memfilter pencarian dengan url yang spesifik
contoh: inurl:fox fire —> akan mencari kata fire di website yang url nya terdapat fox

filetype, ext
Memfilter pencarian untuk dokumen yang spesifik
contoh: filetype:pdf fire —> akan mencari file PDF yang didalamnya terdapat kata fire
contoh : filetype:doc penerangan IT

numrange
Memfilter dokumen berdasarkan range tertentu
contoh: numrange:1-100 fire —> akan mencari range 1-100 yang terdapat kata fire

link
Memfilter site site yang memiliki link terhadap site tertentu
contoh: link:www.google.com —> akan mencari site site mana aja yang memiliki links ke google.com

inanchor
Memfilter berdasarkan site description yang ada
contoh: inanchor:fire —> akan mencari web yang memiliki deskripsi fire

Sebagai contoh Carian yang saya buat menggunakan jenis filetype, ext