Last day

29 11 2007

hurm.. pejam celik sekejap je masa berlalu…. hari ini last day aku kerja kat kuala terengganu… hari sabtu ni blk ke kelantan… selepas ini entah bila plak aku dapat menulis di blog ni…

Bagi mengetahui kemana plak aku kerja kat mana dan apa kerja aku tunggu tau!! lepas ni aku akn bgtau heeee.. so anda perlulah selalu jengok blog ni heee :)

Kemungkinan lama jugak la aku x update blog ni nanti…

Kesempatan ini aku memohon maaf segala salah silap dan tingkah laku serta apa-apa yang x kena… tersalah kata… penulisan aku yang teruk dan kekurangan… ada yang menyinggung perasaan dan yang x elok..

klah assalamualaikum…

jumpa lagi :)





lelaki mithali

29 11 2007

Sekiranya anda ingin atau ada niat utk menjadi seorg lelaki mithali sila baca artikal ini.

Antara Ciri- ciri sifat lelaki mithali

1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa mengenai hal ini.

2. Jika sudah mendirikan rumah tangga, bersyukur kerana mempunyai pasangan. Yakinlah isteri anda pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami ‘mithali’ menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan isteri anda.

4. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari?

5. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

6. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

7. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

8. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunnah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

Di petik dari harian Metro.

Untuk membaca lebih lanjut sila ke lelaki mithali 





panduan blog wordpress.com

28 11 2007

Hari ini saya ingin berkongsi ilmu mengenai panduan untuk pengguna blog wordpress.com.

Sebenarnya aku nak buat sendiri tutorial ni tetapi bila cari kat google dah ada tutorial ni walaupun bahasa indo tetapi kira ok la boleh faham jugak…

so kepada sesiapa yang nak memblog tetapi tidak mempunyai ilmu dlm penggunaan wordpress.com ini boleh mendownload tutorial dalam file .pdf tersebut di sini panduan wordpress.

Selain itu juga anda boleh ke blog ini http://panduan.wordpress.com.





photoshop brush

27 11 2007

Ada lagi yang free ni :) … boleh download file psd lagi yang di buat menggunakan adobe photoshop. 

design menggunakan brush dalam tool photoshop.

antara samplenya

untuk mendapatkannya sila ke photoshop brush





free icon online

27 11 2007

Buat masa ni jadi designer plak hee :) utk sementara waktu je… sedang dok cari idea utk design web utk satu organisasi tiba-tiba terjumpa plak free icon online.  bagus tul web ni so x perlu susah2 la kita nak design icon heee :)

Tp apa yang aku cari x jumpa pun huuuu… apa yang x di cari jumpa plak ermmm….

klik kat cni utk cari icon free.





top antivirus

25 11 2007

Top antivirus

  1. Bitdefender
  2. kaspersky
  3. eset nod32

untuk melihat lebih lanjut sila ke top antivirus.





free font for download

25 11 2007

Kepada sesiapa sahaja terutamanya kepada designer yang mencari-cari font utk di download

sila ke sini download font.

terdapat banyak font yang cantik dan categori. ia sangat sesuai di gunakan dalam design anda.





flash.10.exe

25 11 2007

Pernahkan anda terkena virus ini flash.10.exe?… jangan bimbang di bawah ini ada tip utk clean virus tersebut dan juga ada removalnya..

Tanda komputer anda kena virus flash.10.exe bila adanya file ini Flash.10.exe, Trojan.VB.ayo.
File-file yang berkaitan:

%My Documents%\MY PICTURES\AWEKS.PIKZ
%My Documents%\MY PICTURES\SERAM.PIKZ
%My Documents%\MY SECRET.FOLD
%Program Files%\COMMON FILES\MICROSOFT SHARED\DAO\MSN.msn
%Program Files%\COMMON FILES\MICROSOFT SHARED\MACROMEDIA.10.EXE
%System%\cmd.com
%System%\dxdiag.com
%System%\FLASH.10.EXE
%System%\JambanMu.com
%System%\msconfig.com
%System%\ping.com
%System%\regedit.com
C:\DOCUME~1\ALL USERS\START MENU\Programs\Startup\(EMPTY).EMPTY

Langkah-langkahnya

  • Kill the process flash.10.exe and remove flash.10.exe from Windows startup.
  • Gunakan Removal: flash.10.exe dengan RegRun.(download regrun di sini)
  • Unzip file yang di download dalam komputer anda.
  • Buka executable file untuk start program installation.
  • ikut arahan installer instructions.
  • At the end of installing software on your computer you will be prompted to run “Scan for Viruses“.
  • Wait for a couple seconds to finish scanning.
  • Click on the “Fix Problems” button.




amazing effect

24 11 2007

amazing effect!!!… memang hebat la mamat ni buat effect guna photoshop.. jom kita bersama mempelajarinya… bersama kita kongsi ilmu..

antaranya

untuk melihat tutorialnya sila ke http://psdtuts.com/





norton ghost

24 11 2007

Sebelum ini aku hanya pernah dengar nama dan fungsinya sahaja apa itu ghost dan kegunaannya… so, hari ini aku dapat peluang utk berkongsi maklumat ini dengan anda semua… Sebelum ini sekiranya kita format komputer memerlukan masa yang sangat lama lebih kurang 1 hingga beberapa jam utk format komputer… tapi dengan software ini ia dapat menjimatkan masa… ia hanya diperlukan beberapa minit sahaja… hebat kan… maybe kerana ini ia diberi nama norton ghost”.. antara fungsi yang lain kita boleh backup window… di sini saya cuma ceritakan bagaimana ingin backup window… tetapi kita juga sebenarnya boleh menggunakan kaedah ini utk format beberapa hard disk.. bayangkan sekiranya kita perlu format komputer 50 buah so berapa lama masa di perlukan.. andaikata 1 buah mengambil masa paling kurang 2 jam…. kira berapa?… tetapi dengan norton ghost ini beberapa minit sahaja bagi 1 buah.. kira berapa kalau 50 buah?.. jauh bezanya kan….. kita gunakan kaedah di bawah ini juga utk install window…

 

 

Langkah-langkahnya

 

  • kita perlukan installer norton ghost 2003.
  • setelah kita install ghost tadi, kita backup windows. Perlu diingat, untuk membuat backup ini kita memerlukan ruangan kosong didalam hard disk kita. Ruangan yg diperlukan mungkin sama size atau kurang daripada window asal kita. Sekarang kita boleh mula membuat backup windows.
  • Buka program ghost yg telah diinstall tadi kemudian klik pada butang backup dan Seterusnya klik “next”.
  • Pilih drive C kemudian klik pada butang “next” seperti didalam arahan.
  • Step seterusnya, sila klik pada butang “Browse” untuk memilih drive simpanan bagi backup kita nanti.
  • akhirnya, masukkan nama file backup windows kita kemudian save dan ikuti arahan seterusnya sehingga proses itu selesai.

Proses ini akan memakan masa 3-4 minit bergantung dengan kelajuan komputer itu sendiri. Tempoh masa untuk restore juga adalah sama. Aapabila proses ini berakhir, ia bermakna kita telah memiliki backup windows yg lengkap.

 

Adalah lebih baik sekiranya kita membuat backup ini ketika window kita masih elok dan belum mengalami sebarang masalah. Ini adalah kerana apabila kita restore nanti ia akan kembalikan window sebagaimana keadaannya sewaktu kita membuat backup dahulu.

Bagi proses restore juga adalah tidak begitu susah. Kita hanya perlu klik pada restore kemudian Browse utk mencari semula file backup yang telah kita buat tadi. Hasilnya, ia akan kembalikan windows kita kepada yang asal.

Antara kelebihan backup yang kita buat ini antaranya kita tidak perlu kerap kali setup window sekiranya ia bermasalah. Proses ini adalah lebih menjimatkan masa berbanding menanti sehingga berjam-jam untuk menggantikan window baru.

 

Antara lain, kita tidak perlu bimbang untuk mencuba program-program baru kerana kerosakan window akan dapat dibaiki hanya dalam masa beberapa minit. Ia juga baik untuk melindungi komputer dari virus-virus dan jangkitan kuman kerana proses restore ini akan menghilangkan virus-virus tersebut dan kembalikan window kepada keadaan asal.